Proton Prevé: as a second hand car. Kereta Budget, Tapi Bukan Keta Lekeh

Kalau kau tengah cari kereta bawah RM25k, tapi tak nak yang rasa macam kotak bergerak, Prevé memang patut masuk shortlist.
Model 2014 pun sekarang boleh dapat dalam RM22k (Feb 2023), which is honestly a steal considering apa kau dapat.

Aku dah drive banyak kereta dalam kelas ni, dan Prevé ada satu benda yang jarang ada: SOLID!!!


Apa Kau Dapat Dengan Harga Macam Ni?

Interior Prevé tak fancy, tapi practical. Luas, air-cond sejuk, power window semua ada, audio system basic tapi bunyi pun sedap jugak la.
Enjin 1.6 — cukup untuk daily drive. Bukan power sangat especially yang N.A, tapi ok la… bukan lembik.

Yang menarik: rasa dia planted.
Solid.
Langsung jauh dari stereotype “kereta murah”.


Design Yang Sebenarnya Tak Malu Nak Tengok

Ramai lupa Prevé bukan dibuat “asal boleh”.
Proton guna Italdesign Giugiaro S.p.A. untuk bentuk dia, dengan Azlan Othman refine untuk market kita.

Senang cerita, Prevé ni macam mid-range phone dengan design flagship.
Tak menunjukkan, tapi bila kau tengok lama sikit — “eh lawa jugak sebenarnya”.


Ride & Handling: Sini Baru Kau Nampak DNA Lotus

Ini part yang buat Prevé rasa lagi mahal daripada harga dia.

Suspension dia ditune oleh Lotus — yes, the same Lotus yang memang obses dengan handling.
Dan kau memang boleh rasa:

  • masuk corner, STEADY

  • high speed, tak goyang

  • uneven road, bukan macam naik bas express — suspension dia keras tapi umphh

Dalam kelas harga ni, susah nak jumpa kereta yang handling dia rasa macam “continental”.


Safety: Ini Bukan Kereta Kosong

Satu lagi ramai lupa:
Prevé dapat 5-star ANCAP.

Spesifikasi dia lengkap:
6 airbags, ABS, BA, EBD, Traction Control, ESC.

Kalau kau cari kereta second-hand yang selamat, Prevé memang top pick.
Tak banyak kereta bawah RM25k boleh berlagak macam ni.


Tapi… Tak Ada Kereta Sempurna

Prevé ada isu reliability — itu fakta.
Terutama variant turbo (CFE).

Benda yang owners selalu mengadu:

  • overheating

  • oil leaks

  • gearbox behaviour pelik kalau tak jaga

To be honest, nak bela Prevé bukan senang.
Manja…

Enjin IAFM+ NA pula simple dan kurang drama — tapi tetap ada “manja” dia juga.

Kalau nak beli Prevé used, kena datang dengan mindset realistik:
kereta ni best gila handling & safety… tapi kau kena jaga.


Cara Tahu Prevé Ni “OK” atau “Problem Maker”

Masa nak beli, buat benda ni:

  • Test drive — rasa suspension, steering, braking.

  • Check masalah common — hose, cooling system, mounting, CVT behaviour.

  • Bawa mekanik yang kau trust.

Kalau kereta tu owner dulu jaga servis elok, banyak isu Prevé boleh elak.


Kalau Dah Beli? Jaga Dia. Itu Sahaja.

Prevé bukan kereta masalah.
Dia cuma kereta yang perlukan owner yang tahu jaga.

Ikut maintenance, jangan kedekut benda penting, dan kereta ni akan bagi kau:

  • handling sedap,

  • cabin selesa,

  • safety tinggi,

  • dan rasa “sedap bawak”.


Kesimpulan

Untuk budget bawah RM25k, Prevé memang kereta underrated.
Kalau kau tahu apa nak check, tahu model mana nak elak, dan jaga betul-betul — Prevé boleh jadi daily car yang sangat puas hati.

Dalam banyak kereta second-hand, Prevé ni memang hidden gem yang ramai overlook.

Comments

Popular Posts